Posts

Showing posts from July, 2018

SELAMAT HARI RAYA !

Selamat hari raya aidilfitri cikja ucapkan pada sahabat muka buku dan bloggers sekelian. Raya tahun sentiasa meriah dari tahun tahun yang lepas. Ye la keluarga pun semakin bertambah, anak buah semakin membesar so memang seronok la kalau nak sakat dorang. Haha. Tahun ni macam biasa cikja balik ke kampung 2 hari sebelum raya. Nak kemas rumah dan yang paling penting nak berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah sehari sebelum raya abang abang bersama keluarga mereka turut pulang awal sehari dua ke kampung halaman. Tahun ni giliran beraya di kelantan.. so, semua adik beradik ada beraya di kelantan. Dengan kehadiran anak- anak buah cikja 5 orang yang semakin membesar dan lasak memang semakin meriah la rumah.
Weyhhh.. teringat pulak cerita cikja balik ke kelantan aritu.. memang teringin sangat nak makan colek perut and paru-paru.. So, lepas family datang ambik kat airport kitorang terus pergi ke dataran kota bharu untuk menjamu selera.. ke esokkan hari nyaa cikja terkena cirit…