Resepi kari ayam bujang by Cikja


Good day everyone!

Saja nak share harini cikja masak kari ayam. Haha.. Yer, I tahu orang lain dah lama pandai masak kari ayam tu. Hahaha.. Kalau balik kampung mesti akan mintak mama cikja masak kari ayam. Sebab leftover kari ayam kita boleh cicah dengan roti kannn..Bab kari kureng sikit makan kat kedai.. Lebih sedap masak sendiri terutama air tangan my Mama.. Emmm sedapnya. 


 

Sekian lama tak makan kari ayam, tetiba harini nak masak kari ayam. Tadaaa jadi lah kari ayam cikja yang paling senang dan simple. *Gambar dari google.. I punya kari ayam tak sempat nak ambik gambar. Masak orang bujang main agak-agak je la sukatan dia. Tapi rasa mesti la sedap. Kalau tak sedap tak de la post kat sini. Heee..Resepi ambil dari FB dan cikja ade modified sikit ikut cita rasa tekak.. 

Bahan 1:
Ayam 1/2 bahagian
1 santan kotak kecik
 Serbuk kari Agra- 3 sudu besar
Kentang - 3 biji 
Air 

*Bahan 2:
Minyak masak (2 sudu besar)
1 Biji lawang
 1Cengkih, 
1 Kulit kayu manis
1 Pelaga
4 cili padi merah
bawang merah 3-4 ulas (nak pedas tambah lagi)
bawang putih 3 ulas

Bahan 3:
Garam
Air asam jawa
Gula melaka

Mula-mula kita tumiskan *Bahan 2 sampai naik bau wangi.. lepas tu masukkan 3 sudu serbuk kari, tambah air sedikit dan kacau sehingga sebati. Masukkan santan kotak sedikit demi sedikit. Cikja masukkan santan 1 kotak sebab rasa dia akan lemak-lemak gituuu.. Haha. Kemudian masukkan Ayam dan kentang yang telah dipotong dadu. Tambah air ikut sukatan yang kita nak.

Kemudian masukkan garam, air asam dan gula melaka.. 3 bahan ni sebagai pengawal rasa. Cikja main agak je letak bahan 3 ni tadi asalkan kene dengan tekak. hihi.. orang kelantan nak rasa manis-manis gitu.. cikja nak rasa kari manis pedas.. Haha Tunggu sampai mendidih, kasi kita punya ayam dan kentang masak sepenuhnya.. Sedappnyaa..

tadaaaa..dah siap. Boleh makan dengan nasi panas. 
Goreng la telur dan sayur sebagai lauk sampingan k. 
Yummy..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti hujung minggu di Hatyai, Thailand

Hatyai 2015

Hello south korea: Day 2