Majlis Back-to-Back

 Majlis selama 4 hari berturut-turut juga diraikan secara sederhana dan gembira. Pada tarikh 17.3.2018 (Sabtu) Mokyah juga selamat diijab kabulkan dengan pasangan cinta hatinya iaitu Abd Hakim. Keesokan harinya 18.3.2018 (Ahad) majlis belah perempuan di Tok Aman Bali Beach Resort telah berlangsung dengan gemilang dan jayanya. Pada 19.3.2018 (Isnin) diadakan pula majlis makan tengahari yang istimewa. Majlis ini diadakan secara sederhana dan meraikan kehadiran tetamu dari Perak. Pada masa yang sama, meraikan saudara mara yang jauh diperantauan pulang ke kelantan. Nasi kerabu tradisi kelantan, laksam, Lompat tikam, tapai dll dihidangkan untuk menjamu tetamu yang hadir. Alhamdulillah semua puji masakan kak ani temila.. memang sedappp!! makan sekali memang tak puas. hehe. Pada 20.3.2018 majlis hantar menantu pula diadakan di Machang. 


Semua majlis back to back.. penat? memang sangat penat tetapi melihat dengan jayanya majlis berlangsung memberi kelegaan di hati ini. Dikesempatan ini juga kami dapat bertemu dengan saudara mara yang jauh dan dekat bagi mengeratkan lagi silaturahim antara kami sesama keluarga. Tujuan mengadakan majlis di Tok Aman Bali adalah kerana ingin merasai kelainan dari mengadakan majlis di rumah. Kekangan tenaga kerja sedikit sebanyak menyumbang kepada idea untuk mengadakan majlis di resort. Biarpun kos pengeluaran agak banyak.. tetapi alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dikehendaki. Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan Ya Allah. Syukran Ya Allah...

Pada hakikatnya, jika kita punya wang sebaiknya buat majlis di dewan lagi senang dan menjimatkan masa. Rumah pun tak perlu kacau dah.. Ape yang cikja rasa buat di dewan lebih banyak kelebihan sebab pihak dewan telah sediakan segala keperluan untuk majlis perkahwinan. Majlis pihak kami berlangsung dari pukul 12 tghari sampai 4 petang. Kebiasaan jika majlis dibuat di rumah pukul 6 tetamu masih datang bertandang. Jadi untuk mengelakkan mama & papa penat dan tanpa membuang masa tentatif telah disediakan dan perlu diikuti bagi menjayakan majlis tersebut. 



Once selesai majlis di tok aman bali.. kami mengambil kesempatan untuk merehatkan diri dengan berenang di kolam. Ya ampunnn seronok bangat.. dapat release segala penat dan enjoy bersama keluarga tercinta.  tidak ku kisah mandi manda di bawah sinaran matahari. haha.. Aunty tuti, justine, tasya, calvine dan salman hakim juga turut hadir memeriahkan malam majlis dengan belanja kami makanan masakan laut di tepi pantai. Setelah sekian lama tidak bertemu dengan aunty Tuti sekeluarga di kesempatan ini kami mengambil peluang untuk bersama-sama menghayati keindahan kampung di rumah umi abah di temila. Mereka amat teruja ye melihat rumah kampung dan kawasan lapang yang amat bersih di rumah umi. Sememangnya untuk menghayati suasana kampung, rumah umi adalah tempat yang terbaik untuk menghayati panorama nan indah. 

-sekian bobelan dari cikja cute-


Comments

Popular posts from this blog

Bercuti hujung minggu di Hatyai, Thailand

Hatyai 2015

Hello south korea: Day 2