Skip to main content

Sayang Mama!

Assalamualaikum,
Hola everyone!

Selamat Hari IBU tercinta!
Hari ini cikja nak update pasal mama dan umi tercinta. 


Sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang harmoni, ceria, bertolak ansur, dan dikelilingi adik beradik yang sporting. Ape yang anaknda ingin, akan cuba ditunaikan oleh ma n pa. Alhamdulillah sentiasa bersyukur. Mama cikja seorang yang lembut tapi dalam masa yang sama tegas! Masa kecik2 dulu kalau nakal pernah kene hanger tau. haha. Tapi tak de lah selalu.. sebab cikja kan budak baik. #Ehhh... Ma walaupun dah stay di kelantan 30tahun, tapi masih tak fasih loghat kelantan. kahkah.. rojak-rajak gitu. I'm still remember that mom love baked! selalu buat roti gebu.. Yummyyy!!! Omma, tolong buat roti gebu n roti pizza. Mungkin sebab tu cikja pon suka buat kek and puding. Sekarang senang je, google resepi then terus boleh buat di rumah. Omma juga cikgu peribadi cikja dan adik2 yang lain. Ye lah, dulu-dulu malas study- so, ma yang akan ajar english and math (kadang-kadang ma tolong buatkan essay english) HAHA. Itu dulu laaaa zaman kecik. and obviously omma sukaa discover the nature around the world! Yes, whenever there have opportunity omma akan travel.. TQ omma bawa cikja pergi kenal negeri orang 4 musim. Next time, ada rezeki cikja pula yang akan bawa ma dan pa pergi jalan2 ye. Insya'Allah. 

Ramai tertanya-tanya siapa umi? ma dan umi orang yang sama ke? Haha.. Nope! umi ada lah mak saudara cikja yang palinggg cikja dan adik2 sayang. sebab sentiasa ada time susah senang. Kasih sayang yang tak de beza untuk cikja dan adik2 dengan anak umi (abg sya & abg yed) kadang-kadang umi abah manja kan si kembar lebih dari abg sya and yed. KAHKAH! Umi pulak jenis tegas, straigth, outspoken dan suka bagi nasihat. Dari dulu hingga kini umi selalu bagi nasihat supaya jaga tingkah laku, hormat orang, jangan buat orang, belajar rajin-rajin, dan banyak nasihat lagi lah sebagai peringatan diri. Umi popular di kalangan ahli keluarga. Haha.. sebagai tempat mengadu dan nasihat. Well, umi knows how to give hand to help others. Umi suka tanam pokok.. result dia laman umi sangat cantik, nyaman dan aman. kalau ade rezeki selalu kongsi bersama.. air kelapa freshh dari pokok terbaik! kawan-kawan cikja yang datang kelantan wajib bawa ke rumah umi. Kasi kenal suasana kampung yang aman damai. Ape yang penting masakkan ma dan umi paling sedap. 

Cikja doakan agar ma pa umi abah akan dipanjangkan umur, sentiasa dimurahkan rezeki, hati tenang, sentiasa ceria dan insya'Allah berada di bawah keredhaan dan rahmah Allah s.w.t. 

I LOVE YOU MY QUEEN



Comments

Popular posts from this blog

Bercuti hujung minggu di Hatyai, Thailand

Assalamualaikum..

Hello hey guys! macam mana hari-hari anda semua?, harap-harap seronok dan bahagia k :)

Of course la saya seronok, sebab hari minggu yang lalu mama bawak pergi jalan-jalan ke Hatyai Thailand.. muahehe.. Seronok sebab dapat bercuti sebelum masuk belajar ni. Percutian tanpa dirancang dengan mama punya besan (parents kakak ipar) ke Hatyai.  Mulanya ingat just nak pergi ke Golok aje, sempadan kelantan  - thailand untuk shopping tapi jauh pulak perjalanan.  Pergi Hatyai 2 hari 1 malam, jumaat pagi bertolak ke golok, singgah rumah saudara mama&abah (besan mama)  makan tengahari kat sana lepas solat jumaat kaum adam ni baru berlepas ke Hatyai. Kira-kira 3 jam jugak nak sampai, sepanjang perjalanan wajib ada sekatan tentera thailand.. takot jugak kan, tapi Alhamdulillah semuanya selamat :) itu pun ada saudara mama&abah yang menetap di Weng, Thailand.. senang sikit nk cakap2.. kalau kitorang macam itik dengan kucing lah.. tak paham satu pun.. kecuali Sawadekap, Kap pun…

Hello south korea: Day 2

Assalamualaikum w.b.t
Hari pertama, kami sempat pergi 2 tempat sahaja. Gongchan Rail Bike & Nami Island. sepatutnya boleh la pergi tempat lain lagi dah disebabkan aku yang asyik nak ambik gambar kat nami island makanya masa dihabiskan kat situ je dah lama haha. Seriously kat situ cantik sangat. Taknak balikkkkkkk...

RAIL PARK Take subway to Gimyujeong Station for Gangchon Rail Bike.
Ready for our 1st day in korea.
 Tadi ada sorang pakcik ni, asyik tengok2 je kitorang then datang tempat kitorang tanya nak kemana.  nak dijadikan cerita oppa baju hitam ni lalu sebelah kitorang,  ape lagi, pakcik tu terus suruh oppa ni guide kitorang sampai ke destinasi. Haha.
kamsahamnida oppa, saranghae :*

Rail Park. kat sini Running man pernah shoot. ada sesiapa ingat? 
Orang korea memang suka membaca, dalam korail pon sempat membaca sambil berdiri. 
Ini lah rail bike nya. tapi kitorang x naik pon. untuk dua seater bike (25,000 won), untuk 4 seater bike (35,000 won)
 done here, next to Nami island.

Hatyai 2015

Assalamualaikum and still Happy Ramadhan Al-Mubarak guys!

Ke-esokan hari lepas aku balik dari Shah Alam, masih penat dan penat.. Family trip to Hatyai Thailand.  Well, who can resists to have vacation even tough during the Ramadhan days. hihi.  Kami pergi ber'empat : Parents (Pa&Ma), Siti and me.  Kali ni ke Hatyai kami pergi dengan kereta, kalau dulu sewa van, dah tahu jalan kan pergi sendiri lagi senang tak ada peraturan masa and nak pergi mana2 pon senang sendiri. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah. Masuk melalui boarder Malaysia - Thailand di Rantau Panjang terus ke Hatyai.. alah senang saja sebab ada signboard dwi-bahasa (Thai- Bi).  On the day balik pula, kami gerak dari Hatyai- Yala - Patani - Sungai Golok- Kelantan.  dari situ aku tengok perubahan dari aspek kehidupan kemasyarakatan mereka.

Di Hatyai, dari sudut pandangan aku, orang muslim ramai dan kebanyakan mereka berniaga.  walaupun berniaga secara kecil-kecilan tapi perniagaan mereka tetap success. …