Skip to main content

Langkah seterusnya dalam hidup cikja

Assalamualaikum sahabat blog semua!



Alhamdulillah dan terima kasih ya Allah bagi peluang untuk cikja terokai dunia yang sebenar. Makna sebenar erti pekerjaan- kesibukkan di kota raya, kekangan masa, kesibukkan dengan kerja yang bertimbun, dan sebagainya. Im very appreciated and happy with the opportunity given as many fresh graduated is hard getting job nowadays. Lepas final viva (27.07,2016) seminggu buat amendments and submit the final research. Alhamdulillah everything went well.. masih lagi cikja ingat lepas final presentation viva cikja menangis sebab ingat tak buat yang terbaik. Penilai pulak dari fakulti lain yang mana konsep pemahaman sangat berbeza dari supervisor cikja ajar. kat situ semangat dah drop dan hilang keyakinan. Tapi cikja masih boleh senyum dan jawab saja soalan yang ditanya penilai. Bila ingat balik terasa lucuuu pulak. Balik bilik pon boleh nangis. haha.. ingatkan cikja sorang saja yang kene macam tu rupanya kawan pon ade yang kene seperti yang cikja kene.. kurang sikit rasa down. Tunggu result berdebar-debar.. ye lah, tak kan nak repeat sebab kita dah final year. Kene repeat habis lah masa muda cikjaaaa... Setiap kepayahan kemudian hari Allah akan bagi kesenangan. Yep, Alhamdulillah result cikja okey semua berjaya dan lulus. yeay.

Dua bulan cikja tanam anggur kat rumah. Memang seronok tanam anggur sebab sentiasa kenyang dan happy bila di rumah. Tapi yang cikja tak happy sebab duit poket tak masuk setiap bulan.. dah la nak beli macam-macam.. tapi tak de duit pulak. haha.. *sadis* Jobstreet, Kerjaya, Ricebowl, semua medium cikja apply and hantar resume. Tapi tak ada yang panggil. Jiwa kene kental hati kene sabar yang penting usaha.. Alhamdulillah, kemudiannya cikja terima untuk iv dari beberapa company. Tapi nak dijadikan cerita sebelum nak bergerak ke KL papa cikja tiba-tiba tak kasi pergi.. suruh postponed dulu iv. Berhuhuhuuu lagi cikja seorang diri. Email company mintak postpone iv dan again company terima dan siap suruh kita datang bila-bila kita nak. Wahh, terharunya.. seminggu kemudian cikja pergi KL untuk iv. Mungkin rezeki cikja haritu, borak2 sikit tanya itu ini terus cakap "okey I ambik you lah, bila you boleh start kerja?" 03.10.2016 cikja start kerja di SSF HQ sebagai pembantu akaun. Untuk peringkat awal berjinak dalam dunia pekerjaan, prinsip cikja: kita jangan memilih.. teruskan saja dengan mana yang ada.. insya'Allah nanti kita cuba cari lagi yang better. So, almost 2 months cikja kerja kat sini. so far so good. 

Thank you omma appaaa umi & abah for always be by my side. I can't live without your support and doa'. I love youuuu... fighting!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti hujung minggu di Hatyai, Thailand

Assalamualaikum..

Hello hey guys! macam mana hari-hari anda semua?, harap-harap seronok dan bahagia k :)

Of course la saya seronok, sebab hari minggu yang lalu mama bawak pergi jalan-jalan ke Hatyai Thailand.. muahehe.. Seronok sebab dapat bercuti sebelum masuk belajar ni. Percutian tanpa dirancang dengan mama punya besan (parents kakak ipar) ke Hatyai.  Mulanya ingat just nak pergi ke Golok aje, sempadan kelantan  - thailand untuk shopping tapi jauh pulak perjalanan.  Pergi Hatyai 2 hari 1 malam, jumaat pagi bertolak ke golok, singgah rumah saudara mama&abah (besan mama)  makan tengahari kat sana lepas solat jumaat kaum adam ni baru berlepas ke Hatyai. Kira-kira 3 jam jugak nak sampai, sepanjang perjalanan wajib ada sekatan tentera thailand.. takot jugak kan, tapi Alhamdulillah semuanya selamat :) itu pun ada saudara mama&abah yang menetap di Weng, Thailand.. senang sikit nk cakap2.. kalau kitorang macam itik dengan kucing lah.. tak paham satu pun.. kecuali Sawadekap, Kap pun…

Hello south korea: Day 2

Assalamualaikum w.b.t
Hari pertama, kami sempat pergi 2 tempat sahaja. Gongchan Rail Bike & Nami Island. sepatutnya boleh la pergi tempat lain lagi dah disebabkan aku yang asyik nak ambik gambar kat nami island makanya masa dihabiskan kat situ je dah lama haha. Seriously kat situ cantik sangat. Taknak balikkkkkkk...

RAIL PARK Take subway to Gimyujeong Station for Gangchon Rail Bike.
Ready for our 1st day in korea.
 Tadi ada sorang pakcik ni, asyik tengok2 je kitorang then datang tempat kitorang tanya nak kemana.  nak dijadikan cerita oppa baju hitam ni lalu sebelah kitorang,  ape lagi, pakcik tu terus suruh oppa ni guide kitorang sampai ke destinasi. Haha.
kamsahamnida oppa, saranghae :*

Rail Park. kat sini Running man pernah shoot. ada sesiapa ingat? 
Orang korea memang suka membaca, dalam korail pon sempat membaca sambil berdiri. 
Ini lah rail bike nya. tapi kitorang x naik pon. untuk dua seater bike (25,000 won), untuk 4 seater bike (35,000 won)
 done here, next to Nami island.

Hatyai 2015

Assalamualaikum and still Happy Ramadhan Al-Mubarak guys!

Ke-esokan hari lepas aku balik dari Shah Alam, masih penat dan penat.. Family trip to Hatyai Thailand.  Well, who can resists to have vacation even tough during the Ramadhan days. hihi.  Kami pergi ber'empat : Parents (Pa&Ma), Siti and me.  Kali ni ke Hatyai kami pergi dengan kereta, kalau dulu sewa van, dah tahu jalan kan pergi sendiri lagi senang tak ada peraturan masa and nak pergi mana2 pon senang sendiri. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah. Masuk melalui boarder Malaysia - Thailand di Rantau Panjang terus ke Hatyai.. alah senang saja sebab ada signboard dwi-bahasa (Thai- Bi).  On the day balik pula, kami gerak dari Hatyai- Yala - Patani - Sungai Golok- Kelantan.  dari situ aku tengok perubahan dari aspek kehidupan kemasyarakatan mereka.

Di Hatyai, dari sudut pandangan aku, orang muslim ramai dan kebanyakan mereka berniaga.  walaupun berniaga secara kecil-kecilan tapi perniagaan mereka tetap success. …