Hello South Korea: Seoul day 1

Assalamualaikum guys.

Selepas tamat final exam, semua semestinya berdebar2 tunggu result pula sampaikan raya pon rasa tak tenang. haha. Cuti selama sebulan lebih ni kita manfaatkan dengan seronoknya. Yeayyyy... Cuti ni kitorang dah planned siap2 nak pergi korea. pada awalnya nak ambik travel agency saje untuk ke korea, SENANG, tapi bila dipikirkan balik pergi secara backpackers pon ok jugak. boleh pergi lama dan berjalan sesuka hati saja kat sana. tapi INGAT kalo nak pergi secara backpacker kene study betul-betul tau, cara nak guna subways, cara nak approach org tempatan, cara nak lintas jalan, cara nak topup t-money, cara nak guna tandas (Haha), study maps, etcs.

Trip ke south korea ni merupakan tugas pertama yang mama assign kepada my sister untuk guide ke korea. my sis belajar dlm jurusan tourism, so, untuk mengaplikasikan ape yang dia belajar ini lah cabaran dia yang pertama. sesat dia, sesat lah kami. haha. tapi alhamdulillah segala begitu lancar sekali di korea. Sekarang ni my sis dah master dalam bab nak guna naik turun subways ni. haha. good job sister!

 Abah, Umi and abg yed. disebabkan berita yang tak menyenangkan hal di awan, umi selalu ckp dia risau sampai nangis2 macam tak nak kitorang pergi. :'( tapi alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik.


 Sementara nak tunggu flight ke Korea pukul 6 pagi. kitorang lepak dekat The Loaf. tak silap The Loaf ni Dr.Mahathir punya kedai. Spaghetti dia terbaik. mahal pon berbaloi sbb sodap. 

 1st time sampai KLIA2. 

Nak tunggu masuk balai berlepas. muka excited. haha.

KLIA2 
 Cantik dan besar.

 Alhamdulillah selamat sampai di Incheon Airport. 
Aduu, nak jalan sangat la jauh. salute la pada pakcik makcik tua. laju gila dorang jalan. kalah kitorang ni haa..


Lepas jalan, kita kene turun escalator, lepas tu naik train untuk ke arrival and baggage claim. 

 Lepas settled hal beg semua, kitorang pergi beli tiket bas limousin kat luar airport. memang dah disediakan satu booth untuk tiket. Just bagitau tempat saja. dalam 5500 won per person.

 on our way to shinchon hostel

welcome to Shinchon Hostel, receptionist sangat la ramah dan baik. Berpusing2 jugak nak cari tempat ni.
Guest house & hotel semasa di korea memang dah booked awal2 thru online. 
Datang sini, check in dan check out saja.

Uri omma, 
bilik dia okey sangat. 1 queen size & 1 double decker bed. 

Bilik air dah ada dalam bilik, tak perlu nak mandi kat luar. Tv & peti ais pon ada. 

Sampai shinchon, untuk 1st day dinner ni je kami makan, tak keluar jalan2 pon sbb penat nak recharge energy untuk hari esok. haha.

*paling penting, bawa la sedikit makanan dari m'sia, kat seoul ni susah skit nk cari kedai halal jadi daripada pening nak makan kat mana baik bawak bekal. kitorang pon bawa bekal sambal ikan bilis, kerang, ayam kari dalam tin. senang nak makan malam just beli nasi segera kat 7e or kat kedai 24 hours, then panaskan dalam microwave. 

Comments

  1. nampak macam luas bilik, ada sekali dgn dapur ke?

    ReplyDelete
  2. dapur ada, tapi share sama dgn pelancong lain.

    ReplyDelete
  3. Assalam..nk tny..shin chon hostel ni ok x erk..selesa x..n juga lokasi dia n jarak nk g melawat tempat2 lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hostel ni okey sgt. senang nak cari makan dan dekat dengan tempat2 lain. :)

      Delete
  4. sbb sy plan nk g bln 4 ni..tgh survey2 gak ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti hujung minggu di Hatyai, Thailand

Hatyai 2015

Hello south korea: Day 2