Susahnya nak "straight to the point"

Assalamualaikum guys..

Macam mane entry hari ini? haha.. rasanya ramai orang yang jenis tak "straight to the point" contoh nyer aku. heeee ^__^ kenapa ye? susah sgt agaknya. For certain thing, i can't express it with the words. Kalau melibatkan perasaan mesti la kena fikir berkali-kali sebelum nak cakap, nak kena susun ayat lagi.. haishh.. fikir banyak sangat la yang menyebabkan apa yang aku rasa dan nak bagitau tak jadi.. terus pendam macam tu je. buat muka blur. tapi ape yang nak dicakapkan tu tergiang2 kat kepala. :/ susah kan.. haha..

sebenarnya ada beberapa sebab kenapa susah nak berterus terang. a.k.a out spoken

Manusia ni pon ada perlbagai jenis orang jugak, bermacam-macam perangai.. aku pun pernah jumpe orang yang perangai nye pelik tapi benar.. tapi lantak dia lah kan.. masing-masing punya identity. Ok, orang macam aku ni berhati lembut jugak kadang-kadang.. cewahhh.. haha.. tapi kadang-kadang lancang jugak mulut kalau dah tak puas hati.. tak jaga dah perasaan kawan tu, tapi lepas fikir balik rasa serba salah pon ada.. 
certain orang, nampak je muka cam gengster kan.. ingat boleh cakap tabai suka aje, tapi lepas tu menjauhkan diri pulak. tu orang kata dalam hati ada garden bunga rosss.. cepat terasa.

Memang bagus berterus terang ni.. selesai masalah, tapi kena ingat.. macam yang aku mention kat atas td.. manusia ni banyak songeh nye. Aku ada kawan dengan sorang ni duluu, eh silap, dia yang datang berkawan dengan aku.. haha.. kalau tak bagi attention kat dia confirm akan kena perli atau pun buat mimik muka merajuk, well, kalau nak cakap apa2 benda dengan dia mesti aku kena fikir bertingkat2 ayat.. huhu.. 

Bila aku dah 'feed up' aku jadi malas lah nak melayan. kalau ditanya pon sekadar jawab "a ahhh" "dok lah" "eye la kot" sekadar nak menyedapkan hati orang je. at least menjawab jugak.. tak dijawab kang 'kecut' hati pulak.. 

Bila Malu melampau, susah nak cakap kan.. dulu tu la sifat aku.. terlampau malu yang teramat bila dengan orang.. sebab tu orang selalu kate first impression aku adalah sombong ! tapi bila dah borak2 terlebih mesra pulak..kalau dalam group, idea tu ada nak contribute tapi bila dah malu datang mula lah fikir yang idea ni tak ok la itu la, last2 pendam je.. itu dulu, sekarang dah confident.. hihihi.. 

selain tu, ada lagi sebab2 lain.. dah la, terlebih panjang pulak mengarang dalam blog.. haha.. Tapi bila perlu kita kena jugak ada sifat tegas kalau tak selama nya lah jadi orang pemendam perasaan..

=) FFMP

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti hujung minggu di Hatyai, Thailand

Hatyai 2015

Hello south korea: Day 2